Wednesday, August 26, 2009

Virus H1N1

Sana sini dhujani permasalahan mengenai virus yang mengancam Malaysia. Bak kata orang cerdik pandai, "Silent Killer". Setiap masa perlu mamakai topeng. Teringat peristiwa yang lebih kurang sama kira-kira 12 tahun yang lalu, dimana Malaysia di timpa musibah jerebu yang maha dahsyat sehingga melumpuhkan segala aktiviti seharian. Kadang-kadang ada segelintir individu yang tidak mahu mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa hitam yang pernah berlaku pada masa lalu. Ada desa-desus yang mengatakan bahawa ini adalah satu ancaman awal yang mungkin boleh menjadi kemusnahan terhadap negaraku yang tercinta, Oh, Malaysia. Virus ini berkemungkinan memang sengaja di hantar ke Malaysia melalui udara oleh musuh-musuh dalam selimut yang cuba mengambil kesempatan ketika menggunakan ruang udara Malaysia. BEWARE wahai penduduk Malaysia. Di saat kita menanti kan kedatangan sambutan kemerdekaan negara kita, tidak mustahil kiranya sesuatu yang tidak terjangka bakal berlaku di hari bersejarah nanti. oleh itu bersama-samalah kita menjaga keamanan negara dengan hidup bersatu-padu antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama. Bak kata pepatah, 'Bersatu kita teguh, Bercerai kita Roboh'. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan HAri kemerdekaan yang ke 52 tahun....

Tuesday, August 11, 2009

Noda-noda semalam - eps 3

" Tiya, kau ni asyik termenung je. Apasal? Kau ada problem ke?", sergah Daia.
Kenangan silam mula padam dari kotak ingatan Tiya. Dia kembali sedar di mana kini dia berada.
"Hah! Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar lah. Hehehe", balas Tiya.
"Kau ni kenapa? Kalau ada problem, bagitau ajalah dekat aku. Mana tau kalau-kalau aku boleh tolong. Ni tak, dok pendam sorang-sorang pastu berangan aja. Macam orang putus cinta", balas Daia dengan nada geram.
"Aik? Sejak bila kau tau pasal cintan-cintan ni Daia. Aku ok lah . Tak ada apa-apa. Sihat walafiat. Cuma aku teringatkan mak aku kat kampung. Dah lama rasanya tak balik",Tiya cuba membalas pertanyaan teman dengan harapan Daia tidak akan bertanyakan soalan yang sama. Tiya rimas jika orang bertanyakan kisah kehidupannya. Dia lebih suka memendam perasaan daripada meluahkannya apalagi untuk berkongsi masalah dengan orang lain, walaupun keluarganya sendiri. Dia lebih gemar menghadapinya seorang diri kerana tidak mahu membebankan orang lain dengan masalah yang di hadapinya.
"Tiya, petang ni teman aku pergi SAC Mall nak tak? Aku nak cari kasut lah. Kasut aku ni dah haus", ajak Daia.
"Tulah kau, aku suruh kau bagi minum air Redbull kau tak nak. Kan dah haus kasut kau tu. Huhuhu."
"Kau buat lawak ye.Hahaha kelakarnya. Gelak-gelak."
"Yela kau. Malas aku nak layan." Tiya kemudian berlalu pergi meninggal Daia sendiri di kafe.
"Wei! Tunggulah, aku dah nak habis makan ni", jerit Daia.
"Aku tunggu kat foyer." laung Tiya dan berlalu menuju kearah foyer.
Sementara menunggu Daia, Tiya menyambung sedikit latihann yang telah diberikan oleh Dr Maheran sebentar tadi. Kelas Dr Maheran memang selalu ditimbuni dengan latihan-latihan. Tak sah kalau sehari tak buat latihan Dr. Yelah, bak kata orang ' practise make perfect'. Iya kan ajalah. Lau tak buat nanti kena potong markah. Hemm...

Sunday, August 9, 2009

Noda-noda semalam - eps 2

" Macam mana kita praktis ni? Nak praktis kat mana?", soal Ekin kepada teman-temannya.
"Entah, kita tanya mak cik kantin tu je la. Mana tau kot-kot dia tau kat mana dewan sekolah ni", balas Tiya sambil meluru kearah kaunter kantin.
"Assalamualaikum mak cik, boleh tumpang tanya?",ujar Tiya.
"Waalaikumsalam. Boleh apa salahnya", balas mak cik tadi.
"Dewan sekolah ni di mana ya. Kami nak buat latihan tarian untuk pertandingan malam ni. Tapi kami tak tahu di mana", jawab Tiya.
"Oooo, anak ni bukan pelajar sini ya. Dewan sekolah di sebelah bangunan ni saja. Anak boleh lalu ikut gajah menyusur depan tu saja".
"Oooo, terima kasih ya mak cik. Kami jalan dulu", jawab Tiya dengan sopan. Mereka pun menuju kearah dewan mengikut laluan yang diberitahu tadi. Setibanya di dewan tersebut, terdapat 2 pasukan dari daerah lain yang turut mengadakan latihan disitu. Mereka segera berjalaln menuju kepentas utama.
" Maaf, awak boleh saya tumpang tanya", tanya Noni kepada salah seorang peserta dari daerah lain itu.
"Boleh, apa dia?".
"Boleh tak kami guna pentas lepas korang habis buat latihan ni? Kira kita guna bergilir-gilir", balas Noni.
"Boleh. Tak kisah. Korang dari daerah mana?"
"Kami dari Batu Pahat", balas Kiki.
"Korang pulak dari mana?", soal Tiya kembali.
"Dari Kluang".
"Ooooooooo", serentak Tiya, Noni dan Ekin menjawab.
Mereka pun berkenalan antara satu sama lain dan bertukar pendapat untuk memperbaiki gaya persembahan tarian mereka. Hubungan antara kedua-dua peserta dari dua daerah ini menjadi erat. Lebih kurang pada pukul 6 petang mereka pulang ke asrama SMA Bandar Penawar untuk makan malam kerana pertandingan akan bermula pada jam 9 malam ni Dewan Utama SM Sains Bandar Penawar. Selesai makan malam, Tiya dan teman-temannya bersiap untuk pertandingan tarian malam ini bagi peringkat Negeri bersempena dengan Karnival Asrama tahun 2002. Lebih kurang pada jam 8.30 malam mereka sudah bergerak menuju ke SM Sains Bandar Penawar. Selain pertandingan tarian, terdapat beberapa lagi pertandingan yang diadakan bersempena dengan karnival antaranya bola sepak, bola jaring, nasyid dan lain-lain lagi. Persembahan yang dipamerkan oleh setiap negeri sungguh menarik. Teruja Tiya dan teman-temannya menyaksikannya.
Tiya sungguh berhati-hati takut-takut akan tersalah langkah. Alhamdulillah dia dapat melakukannya dengan baik sekali sehingga mendapat pujian dari kawan-kawan baru. Debaran makin terasa ketika menanti keputusan pertandingan. Tidak disangka-sangka Tiya dan teman-temannya berjaya mendapat tempat ketiga. Kawan-kawan barunya mendapat tempat kedua. Namun yang lebih membanggakan apabila Daerah Batu Pahat adalah pemenang tunggal peserta perempuan kerana pemenang tempat kedua dan pertama diseratai oleh pelajar lelaki.
Selesai majlis tersebut mereka pulang ke asrama masing-masing. Sebelum masuk tidur, mereka sempat lagi berbual-bual bersama kawan-kawan yang baru kerana malam itu merupakan malam terakhir kerana esok mereka akan pulang ke daerah masing-masing. Mereka sempat bertukar-tukar alamat dan nombor telefon agar persahabatan yang terjalin tidak terputus ditengah jalan.
Setelah waktu agak lewat, mereka pun bersurai. Tiya dan teman-temannya membersihkan diri sebelum masuk tido. Agak lewat mereka semua tido. Ketika sedang enak Tiya dilamun mimpi akibat keletihan, tiba-tiba..................... bersambung

Friday, August 7, 2009

Noda-noda semalam - eps 1

Melihat mentari menghilang dibalik awan nan merah, buat diriku tenang menyusuri hari-hari yang mendatang. Ingin ku segera buang jauh-jauh episod diriku yang lalu yang penuh dengan noda-noda hitam yang aku sendiri tidak mahu kehadirannya. Terasa sesak dada ini bila terkenangkan kisah lalu. Mengapa imanku terlalu rapuh untuk menepis semua godaannya. Mungkin kerana Nya, ya memang semua orang lemah bila berhadapan dengan Nya. Kerana C.I.N.T.A. Bagiku kini cinta hanyalah pemusnah. Takkan aku jatuh cinta buat kali kedua.Kecuali hanya pada yang maha esa. Ya allah, kau ampunkanlah segala dosa-dosa silam ku. Berikan aku kesempatan untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan berbahagia disamping keluarga yang sangat aku sayangi. Tanpa mereka hidup ku kini takkan bererti lagi.
" Tiya, apa yang kau menungkan tu? Jom balik, dah nak masuk waktu maghrib ni. Aku tak fahamlah kenapa tiap-tiap petang kau suka datang kan bukit ni. Apa yang kau dapat?", bebel Eija.
" Dah jom balik. Sibuk membebel pulak. Tadi ajak balik," Tiya segera menarik tangan Eija dan terus meluru ke kereta. Mereka kemudiannya pulang kerana waktu maghrib sudah hadir......

Tuesday, August 4, 2009

Trip to PD --1 Ogos 2009

hari sabtu pagi2 lagi dah bangun coz dah terbiasa bangun kul 6.bangun kemas2 bilik, pastu on9 jap.pastu zati pun dtg blk borak2.pastu kuar jalan2 kat luar amik angin pagi menikmati keindahan waktu pagi ditemani 2 simanja yang comel, umar n diya.selain tu aini suria pun teman skali. asward, najir, fairuz n mami g beli breakfast jap. pastu balik bilik mandi. then diorang balik dari beli breakfast mami kata breakfast kat bilik kitorang. kemas2 skit then wat air teh o panas. makan2 pastu kitorang g pool. girls semua naik satu keta je.so keta viva najir jadi mangsa. nerves gak la coz selama ni g keje bawa keta auto, tetibe ni kena bawa keta manual.so tawakal jela bawa.yang penting confident..... alhamdulillah walaupun sejak dapat lesen tak pernah bawa keta manual, dapat gak bawa dengan jaya ye. kira pass la ni amik lesen...huhuhu....lepak kat pool, g jakuzi then main bola tampar sampai kul 1. balik bersih kan diri, solat then kuar gi makan. sikit punya jauh mami bawa kitorang gi makan. naik lenguh kaki ni dok tekan pedal,maklumlah tak besa bawa keta manual. not bad la makanan, nasib baik berbaloi travel jejauh semata-mata nak gi makan. lepas makan kitorang wat haluan masing2. 2 keta dah balik dulu, girls g jalan2 nak gi pantai. tapi banyak plak destinasi persinggahan kitorang. g jejalan kat teluk kemang sampai kul 6. pastu on the way nak balik singgah jap beli buah durian, fara teringin sangat nak makan. kitorang g la beli 3 biji.sekilo RM6. 3 biji tu harganya RM30. mahal gak la tapi pergh.... isi sedap,lemak berkrim. sampai kat hotel ingat nak g rewang makan durian kat bilik, tapi diorang ajak pi tengok diorang main ATV. sementara tunggu ATV datang kitorang tengokla orang main go-kart. teringin gak nak main.tapi masing2 macam dah penat. tunggu punya tunggu ATV pun sampai.tapi ada sikit masalah plak, so mami pun offer la main go-kart.kitorang pun apa lagi, orang dah offer main jela. mula2 masing2 macam takut, slow je bawa. i tak leh nak bawa slow2 ni, apalagi pecut la. seronok gile. lbih 10 lap kitorang belasah.huhuhu.seronok gile........dah siap main apalagi,rewang la buah durian yang kitorang beli tadi. pastu mamim kata dia nak g cari durian lagi...... lepas makan kitorang naik bilik, mandi n solat..... bersambung

Monday, August 3, 2009

Release Tension kat PD

Tanggal 1 and 2 Ogos 2009, i ada gathering kat PD. kitorang 11 orang 6 boys 5 girls n mami aida satu family. kitorang stay kat palm spring hotel. 31 ogos diorang dah gerak dari shah alam pagi. petang tu sampai2 diorang wat BBQ. i datang lambat skit coz pagi tu ade kelas lagi. petang baru gerak dari johor. mula-mula pergi masai, tapi bas tak de.so my brother in lwa hantar pi larkin. tapi masa on the way nak pegi larkin, satu insiden yang tak diingini berlaku. tengah kitorang queue nak kat tepi jalan nak gi larkin, tetibe ader lori langgar lari kitorang. hangsuang punya lori, sedangkan lorong sebelah kanan tu kosong boleh plak lori tu himpit kitorang. apa lagi, hancus side mirror kanan myvi along. menangis die bila abang bagitau. tapi kitorang teruskan perjalanan ke larkin. sampai2 terus naik bas ke seremban. pukul 8.15 malam baru sampai. kat terminal 1 tu semua orang pakai penutup hidup coz takut kena H1N1. i pun ape lagi, ambil langkah berjaga-jaga dengan menutup hidung dengan key. pastu tunggu la bas nak gi seremban, tunggu punya tunggu tetibe platform tu digunakan tuk bas gi sungai petani plak. dah....macam maner nak pegi PD. apalagi call la bebudak ni soh amik. dalam kul 10.30 diorang sampai. pastu pegila singgah umah member jap kat seremban. alih-alih dijamu pulak samosa ngan agar-agar cendol. pastu pekena air sarsi sejuk...pergh....lazat hingga menjilat jari sambil kitorang berbincang tentang isu-isu hangat kat fakulti.hu3x.dalam kul 11.30 baru la kitorang bergerak balik. dalam perjalanan tengok-tengok la kanan kiri kalau-kalau ade kedai masih bukak coz nak beli selipar. tak bawa selipar. pastu jumpa la satu kedai ni. kitorang pun shopping jap. baru nak kuar dari simpang, bertembung pulak ngan mami baru balik dari KLIA. kitorang pun follow la.tapi diorang kat depan tak perasan pun. follow la diorang sampai resort. pastu baru je diorang nka park, kitorang potong line diorang.hu3x. baru lah diorang perasan kitorang kat belakang.hu3x. masuk bilik budak2 ni dah tido.apalagi.bersihkan diri dan terus tido........ bersambung

Saturday, May 2, 2009

What's hot today

What hat is the treatment treatment for influenza ?
Symptomatic treatment is recommended. There is no specific treatment for influenza but an antiviral agent may be considered. You are advised to consult your doctor. You can also take the following actions on your own:
• Take fever medication such as paracetamol
• Drink warm water or fluids to relieve sore throat and cough
• Maintain a balanced diet and sufficient sleep or rest
• Avoid stress as it can weaken your immune system
• If signs and symptoms persist or worsen get treatment from your doctor