Wednesday, August 26, 2009
Virus H1N1
Sana sini dhujani permasalahan mengenai virus yang mengancam Malaysia. Bak kata orang cerdik pandai, "Silent Killer". Setiap masa perlu mamakai topeng. Teringat peristiwa yang lebih kurang sama kira-kira 12 tahun yang lalu, dimana Malaysia di timpa musibah jerebu yang maha dahsyat sehingga melumpuhkan segala aktiviti seharian. Kadang-kadang ada segelintir individu yang tidak mahu mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa hitam yang pernah berlaku pada masa lalu. Ada desa-desus yang mengatakan bahawa ini adalah satu ancaman awal yang mungkin boleh menjadi kemusnahan terhadap negaraku yang tercinta, Oh, Malaysia. Virus ini berkemungkinan memang sengaja di hantar ke Malaysia melalui udara oleh musuh-musuh dalam selimut yang cuba mengambil kesempatan ketika menggunakan ruang udara Malaysia. BEWARE wahai penduduk Malaysia. Di saat kita menanti kan kedatangan sambutan kemerdekaan negara kita, tidak mustahil kiranya sesuatu yang tidak terjangka bakal berlaku di hari bersejarah nanti. oleh itu bersama-samalah kita menjaga keamanan negara dengan hidup bersatu-padu antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama. Bak kata pepatah, 'Bersatu kita teguh, Bercerai kita Roboh'. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan HAri kemerdekaan yang ke 52 tahun....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment