Melihat mentari menghilang dibalik awan nan merah, buat diriku tenang menyusuri hari-hari yang mendatang. Ingin ku segera buang jauh-jauh episod diriku yang lalu yang penuh dengan noda-noda hitam yang aku sendiri tidak mahu kehadirannya. Terasa sesak dada ini bila terkenangkan kisah lalu. Mengapa imanku terlalu rapuh untuk menepis semua godaannya. Mungkin kerana Nya, ya memang semua orang lemah bila berhadapan dengan Nya. Kerana C.I.N.T.A. Bagiku kini cinta hanyalah pemusnah. Takkan aku jatuh cinta buat kali kedua.Kecuali hanya pada yang maha esa. Ya allah, kau ampunkanlah segala dosa-dosa silam ku. Berikan aku kesempatan untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan berbahagia disamping keluarga yang sangat aku sayangi. Tanpa mereka hidup ku kini takkan bererti lagi.
" Tiya, apa yang kau menungkan tu? Jom balik, dah nak masuk waktu maghrib ni. Aku tak fahamlah kenapa tiap-tiap petang kau suka datang kan bukit ni. Apa yang kau dapat?", bebel Eija.
" Dah jom balik. Sibuk membebel pulak. Tadi ajak balik," Tiya segera menarik tangan Eija dan terus meluru ke kereta. Mereka kemudiannya pulang kerana waktu maghrib sudah hadir......
No comments:
Post a Comment