"Entah, kita tanya mak cik kantin tu je la. Mana tau kot-kot dia tau kat mana dewan sekolah ni", balas Tiya sambil meluru kearah kaunter kantin.
"Assalamualaikum mak cik, boleh tumpang tanya?",ujar Tiya.
"Waalaikumsalam. Boleh apa salahnya", balas mak cik tadi.
"Dewan sekolah ni di mana ya. Kami nak buat latihan tarian untuk pertandingan malam ni. Tapi kami tak tahu di mana", jawab Tiya.
"Oooo, anak ni bukan pelajar sini ya. Dewan sekolah di sebelah bangunan ni saja. Anak boleh lalu ikut gajah menyusur depan tu saja".
"Oooo, terima kasih ya mak cik. Kami jalan dulu", jawab Tiya dengan sopan. Mereka pun menuju kearah dewan mengikut laluan yang diberitahu tadi. Setibanya di dewan tersebut, terdapat 2 pasukan dari daerah lain yang turut mengadakan latihan disitu. Mereka segera berjalaln menuju kepentas utama.
" Maaf, awak boleh saya tumpang tanya", tanya Noni kepada salah seorang peserta dari daerah lain itu.
"Boleh, apa dia?".
"Boleh tak kami guna pentas lepas korang habis buat latihan ni? Kira kita guna bergilir-gilir", balas Noni.
"Boleh. Tak kisah. Korang dari daerah mana?"
"Kami dari Batu Pahat", balas Kiki.
"Korang pulak dari mana?", soal Tiya kembali.
"Dari Kluang".
"Ooooooooo", serentak Tiya, Noni dan Ekin menjawab.
Mereka pun berkenalan antara satu sama lain dan bertukar pendapat untuk memperbaiki gaya persembahan tarian mereka. Hubungan antara kedua-dua peserta dari dua daerah ini menjadi erat. Lebih kurang pada pukul 6 petang mereka pulang ke asrama SMA Bandar Penawar untuk makan malam kerana pertandingan akan bermula pada jam 9 malam ni Dewan Utama SM Sains Bandar Penawar. Selesai makan malam, Tiya dan teman-temannya bersiap untuk pertandingan tarian malam ini bagi peringkat Negeri bersempena dengan Karnival Asrama tahun 2002. Lebih kurang pada jam 8.30 malam mereka sudah bergerak menuju ke SM Sains Bandar Penawar. Selain pertandingan tarian, terdapat beberapa lagi pertandingan yang diadakan bersempena dengan karnival antaranya bola sepak, bola jaring, nasyid dan lain-lain lagi. Persembahan yang dipamerkan oleh setiap negeri sungguh menarik. Teruja Tiya dan teman-temannya menyaksikannya.
Tiya sungguh berhati-hati takut-takut akan tersalah langkah. Alhamdulillah dia dapat melakukannya dengan baik sekali sehingga mendapat pujian dari kawan-kawan baru. Debaran makin terasa ketika menanti keputusan pertandingan. Tidak disangka-sangka Tiya dan teman-temannya berjaya mendapat tempat ketiga. Kawan-kawan barunya mendapat tempat kedua. Namun yang lebih membanggakan apabila Daerah Batu Pahat adalah pemenang tunggal peserta perempuan kerana pemenang tempat kedua dan pertama diseratai oleh pelajar lelaki.
Selesai majlis tersebut mereka pulang ke asrama masing-masing. Sebelum masuk tidur, mereka sempat lagi berbual-bual bersama kawan-kawan yang baru kerana malam itu merupakan malam terakhir kerana esok mereka akan pulang ke daerah masing-masing. Mereka sempat bertukar-tukar alamat dan nombor telefon agar persahabatan yang terjalin tidak terputus ditengah jalan.
Setelah waktu agak lewat, mereka pun bersurai. Tiya dan teman-temannya membersihkan diri sebelum masuk tido. Agak lewat mereka semua tido. Ketika sedang enak Tiya dilamun mimpi akibat keletihan, tiba-tiba..................... bersambung

No comments:
Post a Comment