" Tiya, kau ni asyik termenung je. Apasal? Kau ada problem ke?", sergah Daia.
Kenangan silam mula padam dari kotak ingatan Tiya. Dia kembali sedar di mana kini dia berada.
"Hah! Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar lah. Hehehe", balas Tiya.
"Kau ni kenapa? Kalau ada problem, bagitau ajalah dekat aku. Mana tau kalau-kalau aku boleh tolong. Ni tak, dok pendam sorang-sorang pastu berangan aja. Macam orang putus cinta", balas Daia dengan nada geram.
"Aik? Sejak bila kau tau pasal cintan-cintan ni Daia. Aku ok lah . Tak ada apa-apa. Sihat walafiat. Cuma aku teringatkan mak aku kat kampung. Dah lama rasanya tak balik",Tiya cuba membalas pertanyaan teman dengan harapan Daia tidak akan bertanyakan soalan yang sama. Tiya rimas jika orang bertanyakan kisah kehidupannya. Dia lebih suka memendam perasaan daripada meluahkannya apalagi untuk berkongsi masalah dengan orang lain, walaupun keluarganya sendiri. Dia lebih gemar menghadapinya seorang diri kerana tidak mahu membebankan orang lain dengan masalah yang di hadapinya.
"Tiya, petang ni teman aku pergi SAC Mall nak tak? Aku nak cari kasut lah. Kasut aku ni dah haus", ajak Daia.
"Tulah kau, aku suruh kau bagi minum air Redbull kau tak nak. Kan dah haus kasut kau tu. Huhuhu."
"Kau buat lawak ye.Hahaha kelakarnya. Gelak-gelak."
"Yela kau. Malas aku nak layan." Tiya kemudian berlalu pergi meninggal Daia sendiri di kafe.
"Wei! Tunggulah, aku dah nak habis makan ni", jerit Daia.
"Aku tunggu kat foyer." laung Tiya dan berlalu menuju kearah foyer.
Sementara menunggu Daia, Tiya menyambung sedikit latihann yang telah diberikan oleh Dr Maheran sebentar tadi. Kelas Dr Maheran memang selalu ditimbuni dengan latihan-latihan. Tak sah kalau sehari tak buat latihan Dr. Yelah, bak kata orang ' practise make perfect'. Iya kan ajalah. Lau tak buat nanti kena potong markah. Hemm...
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment